Siapa Kami
Kami adalah syarikat 100% milik Bumiputera yang mengendalikan pusat servis kereta dan penghawa dingin yang terletak di daerah Pasir Mas, Kelantan.
Operasi kami bermula pada Februari 2020 dengan hanya dua ahli pasukan. Hala tuju syarikat kami adalah untuk menjadi pusat servis kereta dan penghawa dingin Bumiputera Islam yang terkemuka di Kelantan, sambil merintis pertumbuhan industri automotif di seluruh Malaysia.
VISI ATG
Visi kami adalah untuk menjadi pusat servis kereta dan penghawa dingin Bumiputera Islam yang terkemuka di Kelantan sambil merintis pertumbuhan industri automotif di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030.
MISI ATG
Misi kami adalah untuk menjadi bengkel yang sistematik melalui penambahbaikan berterusan. Selain itu, menjadi salah satu pusat servis dan penghawa dingin kereta Bumiputera yang menawarkan sistem pembelajaran berasaskan kerja untuk sekolah automotif (TVET) serta membangunkan modal insan.